“Macamana nak buat buat domain tu ada www. kat depan ye? Contohnya saya beli dari mercumaya akucintapadamuohkekasihku.com. Ada juga try buat A record dengan CNAME record (tambah www) kat mercumaya punya free DNS management tu, tapi sampai sekarang domain saya tu masih akucintapadamuohkekasihku.com juge. Tak cantik menarik tertarik kau memang pengendali blog la macam ni! . Kalau boleh aku nak http://www.akucintapadamuohkekasihku.com. Minta diberikan penjelasan.” – andimazlan [#]
Saya pernah mengalami masalah seperti ini pada suatu ketika dahulu. Jenuh juga mencari jalan penyelesaiannya sehinggalah saya mengetahui bahawa ianya boleh dibuat dengan menggunakan fail .htaccess.
Seterusnya…

Setiap blog enjin yang kita gunakan seperti WordPress, MovableType, Drupal, Serendipity, dan sebagainya ada menyediakan editor tersendiri bagi membolehkan kita menaip dan meng-upload gambar-gambar ataupun file ke blog kita. Tetapi, semuanya ini perlu dilakukan ketika kita sedang online.
Bagaimana pula sekiranya pada ketika itu kita ketiadaan Internet? Bagaimanakah caranya untuk kita menulis idea-idea menarik untuk kita upload ke blog tanpa Internet?
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan sebuah perisian dipanggil sebagai BlogDesk. :up: Saya sudah menggunakan BlogDesk lebih daripada tiga tahun. Walaupun saya sudah mencuba pelbagai desktop blogging client seperti BlogJet, Qumana, Ecto dan beberapa perisian yang lain, saya berpendapat BlogDesk adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan saya sebagai seorang blogger. :halo:
Seterusnya…

Pada ketika saya masih mentah dalam dunia blog, saya menggunakan StatCounter bagi mendapatkan maklumat statistik mengenai pelawat yang datang ke blog saya. Tetapi saya merasakan statistik yang dikumpulkan oleh StatCounter tidak mencukupi dan tidak mengikut apa yang saya inginkan. Sehinggalah pada suatu hari saya mengetahui tentang Google Analytics.
Google Analytics merupakan sebuah perkhidmatan yang disediakan oleh Google kepada pembangun laman web dan juga blogger untuk merekodkan aktiviti pelawat ke laman web atau blog mereka. Bukan sahaja ianya percuma, malah Google Analytics menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna seperti jumlah pelawat, lokasi pelawat, keyword yang digunakan, dan sebagainya yang saya rasakan sangat-sangat membantu dalam melihat prestasi sesebuah blog.
Dalam banyak-banyak features yang disediakan oleh Google Analytics, saya amat menyukai Visitor Overview dan juga Traffic Sources Overview. Ini kerana, kedua-dua features ini dapat memberikan saya gambaran dengan lengkap mengenai berapa ramai yang melawati blog saya pada hari tersebut dan keyword apa yang dicari oleh pelawat untuk sampai ke blog saya. Dengan ada maklumat-maklumat seperti ini, dapatlah saya memperhebatkan lagi penggunaan keyword yang berkaitan di dalam artikel bagi menarik lebih ramai pengunjung ke blog saya.
Seterusnya…
Adakah anda tahu apa itu WordPress? WordPress adalah sebuah blog script yang berfungsi sebagai pengantara antara seorang blogger dengan pembaca. Ianya sebuah platform untuk blogger menulis dan menerbitkan entri-entri yang menarik untuk tatapan pembaca.
Tetapi, kenapa saya menggunakan WordPress? Bukankah ada banyak lagi blog script yang terdapat di Internet seperti Drupal, Geeklog, Movable Type dan sebagainya?
Saya memilih WordPress bukan hanya kerana ianya percuma tetapi WordPress sangat-sangat kemas dan tersusun dari segi coding mahupun interface. Jika anda perhatikan, banyak tema-tema (theme) menarik telah dihasilkan untuk WordPress. Ini kerana, susunan coding yang ada pada WordPress sangat mudah difahami dan menyenangkan tugasan pembuat tema untuk menyesuaikan tema tersebut dengan WordPress. Saya sendiri sudah menghasilkan beberapa tema (boleh la dikatakan menarik) untuk WordPress.

Selain daripada itu, WordPress mempunyai ahli komuniti yang ramai. Dengan adanya komuniti WordPress seperti ini, lebih senang untuk saya merujuk atau bertanyakan masalah berkenaan dengan WordPress. Sekiranya saya ada mengalami masalah dengan WordPress seperti .htaccess contohnya, saya akan dapat jalan penyelesaian dengan cepat kerana jawapan untuk masalah tersebut sudah pernah dibincangkan di laman komuniti WordPress. Jadi, tidak perlulah saya menunggu berhari-hari hanya untuk selesaikan sesuatu masalah dengan WordPress.
Seterusnya…
by Fauzi on May 1, 2009
in Umum
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
Selamat datang ke laman web Pengendali Blog. Sebuah blog yang akan membincangkan serta berkongsi tips-tips menarik yang khusus untuk mereka-mereka yang ingin menjadi atau sudah menjadi seorang pengendali blog (blogger).
Nama saya Fauzi Mohd Darus. Saya sudah berkecimpung dalam dunia blog seawal tahun 2005. Saya bukannya seorang yang hebat ataupun dikatakan sebagai otai dalam dunia blog tetapi sedikit sebanyak saya ada beberapa pengalaman serta tips-tips berguna bagi mereka-mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia blog.
Di dalam laman Pengendali Blog ini, saya akan berkongsikan dengan anda mengenai apa itu blog, apa yang kita perlukan untuk berblog, tips-tips berguna dan juga beberapa panduan dan coretan dari pengalaman saya sepanjang saya berada dalam arena blog.
Seterusnya…