Pastikan Sumber Anda Sah dan Elakkan Fitnah

Permulaan tahun baru 2012 dikejutkan dengan pelbagai kisah-kisah hangat yang berlaku dalam negara kita. Salah satunya adalah berkenaan dengan kisah Nur Amalina Che Bakri.

Tetapi apa yang saya kecewakan adalah sikap blogger-blogger kita yang cepat melatah dengan menerbitkan artikel tanpa usul periksa.

Saya rasa anda pun sudah tahu apakah kisah yang berlaku dengan pelajar pintar tersebut. Tetapi apa yang saya kecewakan adalah sikap blogger-blogger kita yang cepat melatah dengan menerbitkan artikel tanpa usul periksa. Atau dalam erti kata lain, mereka menerbitkan artikel tanpa membuat rujukan atau kajian terlebih dahulu.

Memang ianya kisah yang menarik. Saya pun terkejut apabila membacanya. Tetapi bagaimana jika cerita yang dibawakan itu tidak tepat? Lebih buruk lagi apabila ianya boleh menimbulkan fitnah? Tidakkah ianya akan menjatuhkan maruah seseorang dan ahli keluarga mereka?

Saya akui dengan cara menerbitkan kisah-kisah sensasi seperti ini dapat menarik trafik yang banyak ke blog kita. Tetapi kita perlulah membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerbitkan artikel-artikel seperti ini.

Apakah yang harus dilakukan?

Sebelum menerbitkan artikel, pastikan anda:

  1. Tidak melatah
  2. Kaji terlebih dahulu sumber anda sahih ataupun tidak
  3. Elakkan daripada mengaibkan seseorang
  4. Jangan memfitnah

Ingat, blog adalah tempat untuk kita berkongsikan artikel yang ditulis kepada pembaca. Jika anda menulis cerita yang tidak betul, dan cerita anda itu disampaikan pula kepada orang lain, dan seterusnya, anda juga akan dapat ‘saham’ yang banyak daripada situ.

Jadilah seorang blogger yang beretika. Mudah-mudahan minat anda dalam blogging ini membawa kebaikan, dan bukannya keburukan. Semoga berjaya! :)

Related Posts

Comments

  1. pembaca blog sekarang lebih bijak..mereka boleh google sendiri kesasihan berita tu sama ada betul atau tidak, jadi cara blogging berhemah adalah dengan meletak link ke sumber berita itu diambil.. blog berita teknologi kebanyakkannya begini, untuk menampakkan sumber mereka sahih

Speak Your Mind

*