Pengalaman Kali Pertama Membeli Hosting

hosting-data-center

Apakah pengalaman anda ketika pertama kali membeli hosting? Pertama kali saya beli hosting sendiri adalah pada tahun 2005. Pada waktu itu, saya masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan di selatan tanah air. Memiliki hosting sendiri adalah satu impian yang saya impikan semasa saya mula-mula menapak dalam dunia blogging. Lagi-lagi pada waktu itu saya hanya menumpang hosting orang lain dan keupayaan saya untuk uruskan hosting saya terbatas.

Hosting provider saya yang pertama adalah company Internet Webhosting. Saya jumpa company itu pun melalui Google dengan menggunakan keyword Malaysia Web Hosting. Tetapi, saya bertuah menjumpai website tersebut dari Google, kerana mereka memberikan saya pakej menarik, iaitu RM80 setahun untuk 3GB space dan 20GB bandwidth. Murah bukan? Kalau saya buat tempahan direct dari mereka, saya tidak dapat pakej tersebut.

Untuk domain pula, saya beli domain cypherhackz.net dari saudara Eizil. Beliau juga menjual hosting dan domain di saleiz.com. Dengan bayaran RM32 setahun, boleh saya katakan harga itu murah dan berpatutan. Tetapi sayangnya saya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal domain tersebut kerana saudara Eizil yang menjaga dan manage domain cypherhackz.net itu untuk saya. Jika saya ingin renew pun, saya terpaksa contact beliau melalui YM kerana pada waktu itu beliau masih sedang belajar di Jerman.

Perasaan saya kali pertama membeli hosting…

Pada waktu itu perasaan untuk membeli hosting terbagi kepada dua. Takut ada, teruja pun ada.

Iyalah, pertama kali membeli hosting dan kita pula tidak biasa dengan proses pembelian ini semua membuatkan kita rasa takut. Takut ditipu, satu. Takut tersilap bayar ke akaun orang lain, satu. Ataupun tersalah buat tempahan dan terpilih pakej yang lain, pun satu. Tak ke rugi kalau kita terbuat silap?

Tetapi yang membuatkan saya rasa teruja untuk memiliki hosting sendiri ini adalah saya mempunyai full-control hosting saya. Tak perlu lagi orang tengah dan sebagainya. Dengan mempunyai akses direct ke cPanel, saya boleh create seberapa banyak database yang saya nak, seberapa banyak email account yang saya mahu, dan ia juga merupakan titik permulaan untuk saya ke memajukan diri dalam dunia blogging.

doctor-with-sick-computer

Tetapi malangnya hosting pertama saya…

Saya menggunakan perkhidmatan hosting dari pihak Internet Webhosting hanya dua tahun sahaja. Pada tahun 2007, macam-macam masalah mulai wujud di blog CypherHackz.Net saya.

Di antaranya yang selalu berlaku adalah website saya selalu down. Tidak boleh akses. Connection selalu disconnect. Server not found. Macam-macam lagi masalah yang berlaku.

Apabila saya contact pihak Internet Webhosting, mereka mencadangkan saya transfer hosting saya ke Malaysia (pada waktu itu hosting saya dihostkan di US). Tetapi malangnya, masalah yang sama masih lagi berlaku. Selalu down dan tidak boleh diakses.

Dan pernah juga blog saya dihack. Mengikut kata pihak hosting provider, mereka mengatakan password cPanel saya senang di-brute force, WordPress yang tidak dikemaskini, dan menyebabkan blog saya dihack pada tahun 2007 (sebelum saya tukar ke hosting baru).

Dan sekarang…

Pengalaman yang saya peroleh dari tahun 2005 hingga ke hari ini, banyak mengajar saya tentang selok belok dalam pembelian dan pengurusan hosting. Dulu saya takut membeli hosting, tetapi sekarang saya tidak takut lagi. Malah saya kini mempunyai perniagaan hosting saya sendiri iaitu Elfbytes Web Hosting. (jika anda berminat untuk mempunyai hosting sendiri, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut)

Daripada satu blog yang saya bina pada tahun 2005, ianya kini sudah bertambah menjadi enam buah blog sekarang. Ke semua blog-blog saya ini dihostkan di hosting yang berbeza-beza. Ada yang dihostkan di Elfbytes, dan ada juga yang dihostkan di hosting provider lain.

Apabila kita mempunyai ilmu dan pengalaman, jangan lokek. Kongsikan sesama rakan yang lain. Apabila ada rakan saya yang ingin mengetahui pasal hosting, saya akan kongsikan apa yang saya tahu. Jika mereka ada masalah, saya bantu mereka. Bukan untuk membangga diri, tetapi kita membantu sebab dulu saya pun dibantu oleh rakan-rakan yang lain semasa saya mula-mula mengenal hosting dan blogging.

Anda pula bagaimana? Apakah pengalaman anda ketika pertama kali membeli hosting sendiri? Jom kongsikan bersama saya dan pembaca yang lain… :)

Comments

  1. Wahh. Banyak blog CH. Bisnes pun makin maju :)

  2. Mungkin masa tu internet-webhosting bru nk bangun kot..sekarang ni 99.9% uptime bro.aku dah pakai selama setahun,support bagus,servis cepat. Tu sebab aku masih pakai hosting ni & promote pada org yg baru nk pakai hosting,

Speak Your Mind

*