Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”

peraduan-saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya pada 21hb Februari nanti, saya ingin mengadakan satu peraduan khusus untuk para blogger di Malaysia. Tidak kira sama ada anda mempunyai blog di hosting sendiri atau percuma, anda layak untuk menyertai peraduan ini.

Hadiah yang ditawarkan adalah satu pakej hosting, ELF1GS, yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Elfbytes Web Hosting selama 2 tahun (bernilai RM200). Pakej ini mempunyai spesifkasi seperti berikut:

  • 1 GB space
  • 20 GB bandwidth
  • 5 addon domains
  • Unlimited MySQL databases
  • Unlimited Email accounts
  • Unlimited FTP accounts
  • dan banyak lagi…

Bagi saya, dengan hosting ini anda bolehlah mengembangkan lagi portfolio blogging anda dengan membuka blog baru, atau menggunakan domain sendiri sekiranya anda masih menulis di hosting percuma seperti wordpress.com dan blogspot.com.

Update 14/2/2012: Disebabkan mendapat penyertaan yang memberansangkan, saya dan pihak penaja menambah satu lagi hadiah berupa domain percuma selama 2 tahun kepada pemenang di tempat kedua. Rujuk entri ini untuk maklumat lanjut, Update – Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” (Tambahan Hadiah).

Untuk menyertai peraduan ini, mudah sahaja. Sila baca Cara Penyertaan dan Syarat Penyertaan seperti yang diterangkan di bawah.

Cara Penyertaan

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:

  1. Buat satu entri dengan tajuk “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”.
  2. Dalam entri tersebut ceritakan, apa yang akan anda lakukan dengan hosting tersebut jika anda dipilih sebagai pemenang?
  3. Entri tersebut mestilah mempunyai link ke:
  4. Pastikan semua link adalah do-follow.
  5. Hantarkan komen ke laman peraduan ini bersama dengan link/URL entri peraduan anda ATAU emailkan kepada hello[at]pengendaliblog.com.
  6. Itu sahaja. Mudah bukan?

Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia.
  2. Tarikh penyertaan bermula dari 7/2/2012 sehingga 20/2/2012.
  3. Pemenang akan diumumkan pada 21/2/2012 di laman web Pengendali Blog.
  4. Entri peraduan yang diterbitkan mengikut seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan di atas.
  5. Blog yang mendapat tempat pertama dalam keputusan random.org – List Randomizer yang dipilih secara rawak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
  6. Hadiah tidak boleh ditukar atau ditukar hak milik.
  7. Sebagai penghargaan, pemenang diminta untuk meletakkan link/URL laman web penganjur, Elfbytes Web Hosting, di hosting yang dimenangi selama dua (2) tahun.
  8. Segala keputusan adalah muktamad.

Apa tunggu lagi. Jom sertai peraduan ini. Mana tahu kalau ada rezeki, boleh la dapat hosting percuma selama dua tahun. Hosting RM200 percuma, siapa nak bagi? Jom!

ps: Please share di Facebook dan tweet peraduan ini di Twitter. Terima kasih. :)

Comments

  1. menarik ni, 2 tahun diberikan PERCUMA…kena cuba.

    • Salam. Terima kasih, penyertaan anda telah kami terima. :)

    • solar energy water heretas is not just a conscientious purchase for the environment. has more benefits like Saving energy bills,increased hot water. Increase your home value installing Solar energy water heater.

  2. Menarik ! adalah peraduan pertama yang saya join…sahkan penyertaan saya ‘Pengendali Blog’.. ni dia pautan penyertaan saya http://anjangman.com/saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog/

  3. Mari join ramai-ramai peraduan ini. Lagi ramai lagi meriah…

  4. salam, saya join juga peraduan ni. Tapi ubah sikit dekat tajuk sbb tak nak Google detect sebagai copy paste. Harap dapat dipertimbangkan. =)
    Penyertaan saya; http://www.anastasyea.com/2012/02/saya-nak-malaysia-web-hosting-percuma.html

  5. Salam. Macam berminat nak sertai. Cuba la kan.. Penyertaan saya di http://www.hairulamran.co.cc/2012/02/saya-nak-hosting-percuma-pengendali.html

    • Salam Mirul. Terima kasih, penyertaan anda telah kami terima. :)

    • God do I love fabric shops and market stalls, the9e&#3r;s always something lovely (and far, far cheaper than Topshop or whatever). I still need to see Sabrina, this has reminded me – cheers Winona!

  6. Kalau ada kesempatan boleh juga join nih….

  7. wahhh bestnya nak join la kalau camni

  8. http://dinetfm.com/saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog

    harap2 event kali ni dapat la hosting

  9. nice contest, hadiah mantoppp tu.. hosting wei

  10. mnarik..leh join lah nnti..

  11. Wah dah ramai join. hehe goodluck all! :)

  12. sangat menarik dan saya sertai kontest ini .. semoga tahun yang akan memberikan keamanan buat semua http://www.namiacinta.com/2012/02/saya-nak-hosting-percuma-pengendali.html

  13. nak mencuba masib juga la . Bolehkan.

    ini link . http://mrsepet.com/saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog/

  14. wah ,bagus dapat 2tahun percuma hosting,domain macam mana,

  15. wah, menarik ni. ada masa lagi nak join ni. manalah tahu ada nasib baik punya. hehe

  16. Saya sudah menyertai peraduan ini. http://bit.ly/xj1nIm

  17. satu hadiah je ye? nak join boleh?

  18. mana tau ada tuah kali ni. ni link penyertaan
    http://blog.amirez.com/saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog/

  19. Saya dah join contest ni…sila check diblog saya…harap2 diterima..tq.
    http://yastro.blogspot.com/2012/02/saya-nak-hosting-percuma-pengendali.html

  20. smakin rmai yg join nie.

  21. salam. saya nak cuba nasib sertai peraduan ini … Linknya di bawah :

    http://aku-freaky-falcon.blogspot.com/2012/02/saya-nak-hosting-percuma-pengendali.html

  22. Apa ini boleh diikuti oleh warga asing sebab saya dari Indonesia
    Sukses selalu untuk anda..

  23. Menariklah bro idea ko ni. Aku nak cuba nasib juga. Ini link aku:http://darisudutmata.blogspot.com/2012/02/saya-nak-hosting-percuma-pengendali.html

    • Jebat, semuanya dah okey. Tetapi link ke entri peraduan ini takde dalam entri penyertaan saudara. Mintak tolong letak link ke entri ini ya bagi membolehkan kami menerima penyertaan saudara. Terima kasih. :)

  24. Join dah. Kira halal la noh entry simple camtuh. Kehkeh.

    http://kakuleter.com/saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog/

  25. Hadiah bertambah, buat bersemangat nak join,atas faktor masa tiada kesempatan hendak menulis,setakat menulis komen melalui phone macam ni bolehlah, walau macam mana sekali pun sy akan menyertainya juga.mungkin petang ini kut.

  26. salam pengandali blog,akhirnya dapat juga,mencuri masa dan membuat artikel tentang contest ini

    http://joyiman.blogspot.com/2012/02/saya-nak-hosting-percuma-pengendali.html#more