Perbezaan ‘dofollow’ dan ‘nofollow’

google-bot-nofollow

Jika anda menyertai peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” baru-baru ini, pasti anda ada perasan yang salah satu perkara yang perlu ada dalam entri penyertaan anda adalah setiap link mesti mempunyai ‘do-follow’.

Tetapi yang sebenarnya, ‘do-follow’ atau ‘dofollow’ ini tidak pernah pun wujud dalam coding HTML. Saya beritahu dalam syarat peraduan kerana saya tidak mahu ada entri penyertaan yang menggunakan rel tag, ‘nofollow’. Apa pulak dah rel tag ‘nofollow’ ni?

rel=”nofollow”

‘Nofollow’ digunakan oleh blogger untuk memberitahu search engine seperti Google untuk tidak follow link yang dimasukkan dalam artikel mereka.

Sebagai contoh, apabila Google bot crawl ke blog anda, link yang ada pada blog tidak akan difollow atau dicrawl oleh Google bot. So bila Google bot tidak follow link, maka Google tidak tahu kewujudan link tadi dan tidak tahu ke mana link itu pergi. Dalam erti kata lain, tiada backlink atau index yang diupdate ke dalam database Google.

Cara menggunakan “nofollow”

Tag ‘nofollow’ ini diletakkan dalam hyperlink. Sebagai contoh saya ada link yang saya point ke laman web Pengedar Emas saya. Jika saya tidak mahu Google bot follow link tersebut, saya letakkan tag ‘nofollow’ seperti berikut:

<a href=http://www.pengedaremas.com/ rel=”nofollow”>Pengedar Emas</a>

Dengan cara sebegini, Google bot yang crawl laman web Pengendali Blog, tidak akan follow dan crawl link tadi. Maka tidak ada lah backlink dari blog ini ke laman web Pengedar Emas saya.

Ha…apabila anda sudah tahu penggunaan ‘nofollow’ ini, jangan pula anda tambah rel=”nofollow” dalam entri penyertaan peraduan anda itu pulak ya… :P

Related Posts

Comments

  1. sok buat contest lagi..boleh aku dofollow lagi..hahah

  2. hurm . . 1 info yg rmai org xtaw sbnaqnya ,, hehe ..

  3. sori ek.. tumpang tanya.. sbb akak ni masih baru, n tak berapa familiar lg dgn term2 blogging.. boleh akak tahu apa function sebenar dofollow & nofollow ni tak??? tak berapa faham laa… hehhehe sory…

    • Hehehe.. Tidak mengapa. Kegunaan nofollow tu adalah kita taknak Google index URL yang kita masukkan pada artikel kita. Bila Google tak index, so tiada la backlink untuk pagerank. :D

  4. Sebenarnya google lebih menyukai link no-follow berbanding dofollow , kerana dofollow link banyak yang spam untuk dpt backlink.Bg google dofollow backlink tidak neutral..

Speak Your Mind

*