Perdana Menteri sarankan Kod Etika Blogger

by Fauzi on December 13, 2009

in Isu Semasa

Sekarang ini dapat dilihat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula mengambil berat mengenai isu etika seseorang pengendali blog di Malaysia.

Ini kerana, baru-baru ini beliau menyarankan para pengendali blog menjadikan “Kod Etika Blogger” sebagai garis panduan dalam menulis entri blog di Internet.

Kod Etika Blogger yang dimaksudkan adalah:

  • Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
  • Tidak memplagiat hasil tulisan.
  • Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
  • Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
  • Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
  • Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
  • Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
  • Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
  • Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Kod Etika Blogger ini dikeluarkan setelah beliau tertarik dengan artikel A Bloggers’ Code of Ethics yang ditulis oleh CyberJournalist yang menyentuh mengenai etika dalam penulisan di dunia blog.

Bagi pendapat peribadi saya, Kod Etika Blogger ini lebih tertumpu kepada mereka-mereka yang menulis blog mengenai isu-isu hiburan, politik dan juga isu-isu semasa di dalam dan luar negara. Ini termasuklah blog-blog berbentuk peribadi yang juga menyentuh isu-isu seperti yang dinyatakan sebentar tadi.

Namun begitu, dengan adanya kod etika sebegini dapat sedikit sebanyak menjadikan sebagai panduan kepada para pengendali blog di Malaysia dalam menulis artikel untuk blog mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru menceburi bidang penulisan blog di tanah air.

Najib Menyarankan Kod Etika Untuk JuruBlog [via Amanz]

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

{ 1 trackback }

Geng Blogger – Koleksi Artikel Blog Tempatan di Malaysia
December 16, 2009 at 8:32 pm

{ 3 comments… read them below or add one }

1 zuwairiaiman December 14, 2009 at 9:48 am

i follow… ko nk follow ke?

Reply

2 Fauzi December 16, 2009 at 8:35 pm

Follow je la selagi ianya membawa pada kebaikan… :)

Reply

3 aretea March 6, 2010 at 11:13 am

Better kalo ada guideline so masing2 dah tau apa batasan kalo nak blogging.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: