Permudahkan Comment Form Blog Anda

Saya suka membaca blog yang mempunyai info dan maklumat yang berguna kepada pembaca. Jarang sekali saya ingin membaca blog berbentuk personal yang banyak menulis berkenaan luahan rasa hati, kehidupan peribadi, lagi-lagi apabila blog tersebut banyak menggunakan perkataan singkatan atau short form.

Selepas membaca artikel, saya akan berikan pendapat atau pandangan saya sendiri. Tetapi sayangnya, comment form yang disediakan oleh blogger tersebut sangat leceh dan menyusahkan.

Comment Form Yang Menyusahkan Pembaca

comment-form-01
Salah satu contoh comment form yang menyusahkan pembaca

Untuk menghantar komen, saya perlu:

  1. Klik pada link komen.
  2. Comment form akan dipaparkan di window yang baru. (terpaksa tunggu comment form habis loading)
  3. Kemudian, saya perlu login dengan menggunakan OpenID. Atau lebih teruk lagi, saya perlu daftar sebagai pengguna di blog tersebut.
  4. Taip komen, dan klik Submit.

Perkara-perkara yang leceh sebegini akan menjadi penghalang untuk pembaca memberikan komen di blog anda.

Mungkin ianya merupakan salah satu langkah untuk membendung spam di laman blog, tetapi anda perlu ingat bahawa blog kini mempunyai plugin atau sistem tersendiri dalam menghalang komen berbentuk spam.

Atau sebagai alternatif, anda boleh menggunakan Comment Moderation seperti yang pernah dibincangkan di artikel, Comment Moderation – Adakah ianya perlu?

Sesetengah pembaca ingin berkongsikan pendapat mereka selepas membaca artikel. Tetapi sekiranya comment form di blog anda adalah rumit, dan menyusahkan, sudah semestinya pembaca akan menutup window blog dan tidak akan datang lagi ke blog anda.

Comment Form Yang Mesra Pembaca

comment-form-02

Contoh comment form yang mesra pembaca di Blog Aku.

Permudahkan comment form anda dengan menyediakan ruangan untuk menulis nama, email, URL, dan komen, di bawah artikel. Pastikan ruangan ini telah tersedia tanpa perlu mereka membuat sebarang aktiviti tambahan seperti klik pada link komen, login dengan OpenID, dan sebagainya.

Dengan cara sebegini, pembaca akan lebih mudah untuk menghantarkan komen dan berikan pendapat mereka. Jangan hanya disebabkan oleh comment form, kita telah kehilangan komen-komen atau input yang bernas dari pembaca.

Pergi ke blog anda dan lihat comment form yang anda sediakan. Tanya kepada diri anda sendiri, adakah comment form itu mesra pembaca? Adakah pembaca perlu membuat sebarang aktiviti sebelum mereka boleh menghantarkan komen?

Jika ianya menyusahkan pembaca, ubahsuai dan permudahkan comment form anda. Mudah-mudahan dengan pengubahsuaian kecil ini dapat meningkatkan trafik dan menggalakkan respon komen dari pembaca. Semoga berjaya… :)

Comments

  1. Haha, diorg bnyk yang disablekan anonymous function, kalau yang takde akaun blogger atau openID tu, lecehla..khusunya pgguna wordpress..Jadi bila diorg enablekan fungsi anonymous tu, pgguna wordpress sng nk komen. Jadi jgnla salahkan sesiapa jika org xtgalkan komen :)

  2. sangat setuju bro, dah lama aku perasan benda ni, aku jadi tension terpaksa login pastu letak link blog aku, tapi siap ader yg kata kalau letak link akan dianggap sebagai spam padahal macam mana aku nk letak link blog aku kalau form dia mcm tu

  3. salam bro

    first artikel pasal domain tu xlengkap or mmg bro buat cam tu – cuba cek tgk bro….sbb komen form pun xda

  4. ye ker camtuh…rasenye x susah pon kalo comment tuh pop-up window sbb kite trus jer komen dan publish then kli close…sangad mudah dan rASEnye x seperti kesusahan yg awak bayangkan…dan kalo macam komen camni lagi banyak nak kene tulis…nak kene bagi email lah url lah…nama lagi tuh…kalo pop up window sume tuh dah di setkan…so x yah susah2 nak taip balik…
    #sekadar berkongsi pendapat

  5. Biasa jadi pada blogspot. Aku kalau dah leceh kena daftar memang tak komen la.

Speak Your Mind

*