10 Tools Yang Berguna Untuk Nama Domain

Salah satu perkara yang sukar untuk menjadi seorang blogger adalah memilih nama domain yang terbaik untuk blog anda. Terdapat beberapa cara untuk memilih nama domain yang menarik seperti yang pernah saya kongsikan bersama anda dalam artikel, 8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog.

Tetapi andai kata anda masih tidak memperoleh nama domain yang catchy dan sesuai, di sini saya senaraikan 10 domain tools yang berguna untuk anda.

Di antara tools ini boleh digunakan untuk generate nama domain yang menarik, dan ada juga yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah nama domain.

1. Domain Name Generator – Tool ini akan menyenaraikan beratus-ratus nama domain yang mempunyai prefix atau suffix pada keyword yang anda masukkan. Anda juga boleh mengetahui sama ada domain tersebut telah didaftarkan atau pun tidak.

2. DomainTools.com – Anda akan menjumpai pelbagai perkhidmatan berguna yang berkaitan dengan domain di laman ini. Ianya termasuklah maklumat yang lengkap tentang whois, pendaftaran, dan juga DNS history untuk sesebuah domain. Saya selalu menggunakan laman web ini untuk melihat whois domain-domain yang telah saya beli.

3. Who.is – Salah sebuah laman web popular yang menyediakan perkhidmatan whois di Internet. Anda hanya perlu menaip nama domain yang diinginkan, dan laman web ini akan memaparkan sama ada domain tersebut masih lagi available ataupun tidak.

Teruskan membaca “10 Tools Yang Berguna Untuk Nama Domain”…