Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Google PageRank Yang Tinggi?


Kredit, BlogAku.Net

Google PageRank merupakan sebuah penunjuk yang menentukan populariti sesebuah blog di kaca mata Google. Semakin tinggi nilai pagerank, semakin tinggi kedudukan blog tersebut di Google search result, dan semakin banyak trafik yang akan diperoleh oleh blog tersebut.

Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan Google PageRank yang tinggi? Apakah kaedah yang boleh kita gunakan bagi menaikkan nilai Google Pagerank blog kita?

Teruskan membaca “Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Google PageRank Yang Tinggi?”…

Google PageRank – Populariti Sesebuah Blog

Baru-baru ini Google telah mengemaskini Google PageRank sebagai ‘hadiah’ bersempena dengan tahun baru 2010. Ada laman web yang mengalami peningkatan dan ada juga yang mengalami penurunan pada angka PageRank mereka. Bagi anda yang baru dalam arena blog pasti tertanya-tanya apa itu Google PageRank?

Apa itu Google PageRank?

Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PageRank bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PageRank 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PageRank 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.

pagerank-example-01
Analogi penentuan PageRank untuk sesebuah laman web. –Wikipedia

Untuk melihat PageRank sesebuah blog mahupun laman web, anda boleh menggunakan Google Toolbar ataupun menggunakan mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan penyemakan PageRank seperti PR Checker. Tetapi ingin saya tekankan di sini Google PageRank tidak berubah setiap hari dan tidak ada sela masa tertentu yang boleh kita jangkakan. Ianya terpulang kepada Google bilakah tarikh dan masa untuk mereka mengemaskini PageRank tersebut.

Teruskan membaca “Google PageRank – Populariti Sesebuah Blog”…