Keputusan Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”

Alhamdulillah… Seperti yang dijanjikan, 21/2/2012 adalah hari pengumuman pemenang untuk peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”. Setelah dua minggu peraduan ini berlangsung, saya telah menerima sebanyak 31 penyertaan daripada para blogger dari seluruh Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang menyertai peraduan ini.

Tetapi daripada 31 peserta ini, terdapat 3 penyertaan yang terpaksa saya tolak kerana tidak mematuhi cara dan syarat penyertaan. Jadi yang tinggal untuk memenangi peraduan ini hanyalah 28 peserta sahaja.

Teruskan membaca “Keputusan Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog””…

Update – Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” (Tambahan Hadiah)

Sudah seminggu peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” ini berlangsung. Ini bermakna lagi satu minggu yang tinggal sebelum peraduan ini ditutup dan akan saya umumkan pemenangnya pada hari Selasa minggu hadapan.

Sepanjang satu minggu yang lalu, saya sudah menerima sebanyak 22 penyertaan daripada para blogger di Malaysia yang ingin memenangi hadiah sebuah pakej hosting yang ditaja sepenuhnya oleh Elfbytes Web Hosting selama dua (2) tahun.

Teruskan membaca “Update – Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” (Tambahan Hadiah)”…

Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”

peraduan-saya-nak-hosting-percuma-pengendali-blog

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya pada 21hb Februari nanti, saya ingin mengadakan satu peraduan khusus untuk para blogger di Malaysia. Tidak kira sama ada anda mempunyai blog di hosting sendiri atau percuma, anda layak untuk menyertai peraduan ini.

Hadiah yang ditawarkan adalah satu pakej hosting, ELF1GS, yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Elfbytes Web Hosting selama 2 tahun (bernilai RM200). Pakej ini mempunyai spesifkasi seperti berikut:

  • 1 GB space
  • 20 GB bandwidth
  • 5 addon domains
  • Unlimited MySQL databases
  • Unlimited Email accounts
  • Unlimited FTP accounts
  • dan banyak lagi…

Bagi saya, dengan hosting ini anda bolehlah mengembangkan lagi portfolio blogging anda dengan membuka blog baru, atau menggunakan domain sendiri sekiranya anda masih menulis di hosting percuma seperti wordpress.com dan blogspot.com.

Update 14/2/2012: Disebabkan mendapat penyertaan yang memberansangkan, saya dan pihak penaja menambah satu lagi hadiah berupa domain percuma selama 2 tahun kepada pemenang di tempat kedua. Rujuk entri ini untuk maklumat lanjut, Update – Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” (Tambahan Hadiah).

Untuk menyertai peraduan ini, mudah sahaja. Sila baca Cara Penyertaan dan Syarat Penyertaan seperti yang diterangkan di bawah.

Teruskan membaca “Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog””…