Blog Baru – Host Sendiri atau Perkhidmatan Percuma

blog-confused

Saya ingin membuka sebuah blog baru. (Oh tidak… Si Fauzi ni tak cukup-cukup lagi ke dengan blog-blog yang dah ada sekarang ni? Yang ada ni pun tak terjaga, inikan pula nak buka blog lagi satu? Sigh~) Tetapi saya masih tertanya-tanya, adakah saya perlu hostkan blog tersebut di hosting yang sedia ada (host sendiri) atau saya buka blog tersebut di WordPress.com (perkhidmatan percuma)?

Pemilihan ini adalah penting kerana setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan anda apakah perbezaan di antara kedua-dua host ini supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan tujuan blog itu dibangunkan.

Untuk pengetahuan anda, perbandingan ini dibuat dengan memfokuskan kepada blog WordPress sahaja.

Teruskan membaca “Blog Baru – Host Sendiri atau Perkhidmatan Percuma”…

20% Diskaun Web Hosting Untuk Pembaca Pengendali Blog

Pengendali Blog kini dihostkan di Elfbytes Web Hosting, sebuah perkhidmatan hosting dan domain di bawah naungan, CypherFS Network (002011658-H).

Dengan komitmen sebanyak RM100 setahun, anda akan memperolehi sebuah pakej hosting yang mempunyai:

  • 1GB Space
  • 20GB Bandwidth
  • 5 Addon domains
  • Unlimited Parked domains
  • Unlimited FTP accounts
  • Unlimited MySQL databases
  • Unlimited Email accounts
  • dan banyak lagi

Pakej hosting yang disediakan oleh Elfbytes adalah sesuai untuk mereka-mereka yang ingin mempunyai blog di hosting sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh hostkan sebanyak 5 domain name dalam satu hosting yang sama. Ini bermaksud, anda dapat hostkan sebanyak 5 buah blog yang lain dalam satu hosting dengan hanya membayar RM100 setahun.

Teruskan membaca “20% Diskaun Web Hosting Untuk Pembaca Pengendali Blog”…

5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog

web-hosting

Walaupun terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan blog secara percuma seperti WordPress, Blogspot, Blogdrive dan sebagainya, tetapi saya lebih menyukai untuk membangunkan blog di hosting saya sendiri. Selain daripada saya dapat menjaga blog-blog saya dengan mudah dan dapat menggunakan domain saya sendiri, saya juga mempunyai kebebasan untuk melakukan apa sahaja pada blog saya itu. Walau bagaimanapun, pemilihan web hosting untuk blog adalah penting bagi menjamin uptime blog kita pada peratusan yang tinggi.

Berikut merupakan 5 tips yang saya kongsikan untuk memilih web hosting yang terbaik untuk blog kesayangan anda:

Tips 1 – Kualiti Perkhidmatan

Pastikan perkhidmatan yang disediakan oleh web hosting yang anda pilih adalah terbaik. Buat kajian terlebih dahulu berkenaan dengan web hosting tersebut sebelum membuat pilihan. Gunakan enjin carian Google dengan sebaik-baiknya. Kadang-kala memang di laman web hosting itu menunjukkan 99.9% uptime tetapi secara realiti, web hosting itu selalu down dan ini akan mengganggu aktiviti blogging anda. Adakah anda mahu blog anda tidak dapat diakses kerana keupayaan server yang lemah? Adakah anda mahu database blog anda hilang secara tiba-tiba? Sudah pasti tidak bukan? Oleh itu, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hosting provider adalah penting dalam pemilihan web hosting.

Teruskan membaca “5 Tips Memilih Web Hosting Untuk Blog”…