Saya sudah menggunakan WordPress sejak tahun 2005 lagi. WordPress merupakan blog client kegemaran saya kerana ianya ringan, senang untuk diselenggara dan mempunyai pelbagai theme dan plugin yang berguna bagi seseorang pengendali blog.

WordPress kini juga dikeluarkan dalam Bahasa Melayu.
Selama ini, skrip WordPress hanya dikeluarkan dalam versi Inggeris dan beberapa versi bahasa yang popular di dunia sahaja. Tetapi baru-baru ini baru saya perasan yang skrip WordPress juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya…

Di dalam dunia blog, Search Engine Optimization (SEO) adalah amat penting. Ini kerana, 70% trafik yang datang ke blog kita adalah daripada enjin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Jika kita tidak memantapkan blog kita dengan teknik SEO ini, peluang untuk kita hidup di dalam dunia blog adalah sangat tipis. Kecuali bagi mereka yang tidak gemar blog mereka dibaca oleh orang lain.
Seperti yang saya pernah ungkapkan dalam artikel yang lepas, WordPress menyokong sistem plugin. Dengan sistem ini, saya dapat memasang sebuah plugin yang dipanggil sebagai, All in One SEO Pack. Kelebihan yang terdapat pada plugin ini adalah, ia akan secara automatik mengoptimumkan blog kita kepada enjin pencarian tanpa perlu kita bersusah-payah mengubahsuai kod template blog kita secara manual.
Seterusnya…