Update – Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” (Tambahan Hadiah)

Sudah seminggu peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” ini berlangsung. Ini bermakna lagi satu minggu yang tinggal sebelum peraduan ini ditutup dan akan saya umumkan pemenangnya pada hari Selasa minggu hadapan.

Sepanjang satu minggu yang lalu, saya sudah menerima sebanyak 22 penyertaan daripada para blogger di Malaysia yang ingin memenangi hadiah sebuah pakej hosting yang ditaja sepenuhnya oleh Elfbytes Web Hosting selama dua (2) tahun.

Tambahan hadiah…

Disebabkan penyertaan yang memberangsangkan ini, saya dan pihak penaja berbesar hati untuk menambah lagi satu hadiah yang berupa sebuah domain* yang juga ditaja sepenuhnya selama dua (2) tahun bernilai RM70.

TETAPI…hadiah domain ini akan diberikan kepada pemenang di tempat kedua sahaja ya. Pemenang tempat pertama, akan dapat hadiah hosting. Pemenang tempat kedua pula, akan dapat hadiah domain.

Kepada anda yang sudah menyertai peraduan ini, jangan bimbang. Jika tidak menang hosting, still boleh menang domain. Dan kepada anda yang belum menyertai peraduan ini lagi, jom sertainya sekarang!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Mana tahu kan kalau ada rezeki dan tuah, boleh dapat sebuah hosting free atau pun domain free. Untuk mengetahui lebih lanjut peraduan ini, sila rujuk entri peraduan di “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”.

Semoga berjaya~! :)

* Hanya sah untuk domain, .com, .net, .org, dan .info sahaja.

Comments

  1. wah menarik hadiah bertambah. makin ramai la yang bersemangat nanti :)

  2. Wah, ada tambahan hadiah.. Best nih..he3..
    Aku punya cemna, pening nak cari cemna nak hilangkan nofollow tu..hu3

  3. yeay..hadiah dtmbh..

  4. wah.. doakan supaya hadiah bertambah.. lagi ramai boleh menang sama-sama.. hik x3

  5. wah…hadiah ditambah, moga penyertaan makin banyak :)

  6. Assalam..
    Kalau dapat tempat ke 2 pun ok juga nih…(berangan!!)

  7. aku nak join tapi malas bukak blog..haha

  8. Sudah berjaya mengemaskini maklumat :)

  9. Sudah di update info ini :)

  10. Maknanya akan ada 2 orang pemenang la nih….terbaikk!!!
    Insyaallah nanti den pun akan update jugak….

  11. Cuma nak tunggu pengumuman pemenang je ni…

Speak Your Mind

*