Wordpress Kini Dalam Bahasa Melayu

by Fauzi on December 24, 2009

in Isu Semasa

Saya sudah menggunakan Wordpress sejak tahun 2005 lagi. Wordpress merupakan blog client kegemaran saya kerana ianya ringan, senang untuk diselenggara dan mempunyai pelbagai theme dan plugin yang berguna bagi seseorang pengendali blog.

wordpress-my
Wordpress kini juga dikeluarkan dalam Bahasa Melayu.

Selama ini, skrip Wordpress hanya dikeluarkan dalam versi Inggeris dan beberapa versi bahasa yang popular di dunia sahaja. Tetapi baru-baru ini baru saya perasan yang skrip Wordpress juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu.

Bagi kepada mereka yang ingin menggunakan skrip Wordpress berbahasa Melayu ini, anda boleh dapatkan ia di laman Wordpress Malaysia. Di sana, terdapat link memuat turun Wordpress yang terkini iaitu versi 2.9 dengan codename, “Carmen”. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti perkembangan Wordpress versi Melayu ini, anda boleh melanggan RSS feed tersebut di Blog Wordpress Malaysia.

Setakat ini saya masih belum lagi berkesempatan untuk menguji sistem Wordpress berbahasa Melayu ini. Tetapi apa yang saya rasakan, perbezaannya cuma pada bahasa yang digunakan. Yang selain daripadanya adalah sama seperti sistem Wordpress yang asal.

Jika anda sudah menguji Wordpress Bahasa Melayu ini, apakah pendapat anda tentang skrip tersebut? Adakah anda berasa sedikit janggal atau sama saja penggunaannya seperti Wordpress yang lain?

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Anarm December 26, 2009 at 7:08 am

ada juga rupanye dlm bahasa melayu.. mesti rasa kekok skit sbb dh biasa dgn bahasa inggeris.. bleh cuba try test ni.. terima kasih sbb berkongsi..

Reply

2 Fauzi January 2, 2010 at 9:08 am

Sama-sama. Nanti bila sudah test, bagi la feedback samada ianya ok atau pun tidak.

Reply

3 finalcross December 30, 2009 at 6:12 pm

nice info. Aku rase Bahasa Melayu ,agak kurang faham la nak guna sebab Bahasa Inggeris pd aku lebih mudah & biasa.

Reply

4 Fauzi January 2, 2010 at 9:09 am

Yup. Rasa lebih better guna yang Bahasa Inggeris punya version daripada Bahasa Melayu. Bukan kita nak lupakan Bahasa Melayu, cuma lebih biasa menggunakan WP Inggeris.

Reply

5 aman December 31, 2009 at 10:52 am

yayy~ saya mesti pilih. hhu~

Reply

6 Fauzi January 2, 2010 at 9:09 am

Hahahah… Pilih jangan tak pilih Aman. :p

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: