Wordpress SEO dengan All in One SEO Pack

by Fauzi on August 6, 2009

in Aplikasi

Di dalam dunia blog, Search Engine Optimization (SEO) adalah amat penting. Ini kerana, 70% trafik yang datang ke blog kita adalah daripada enjin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Jika kita tidak memantapkan blog kita dengan teknik SEO ini, peluang untuk kita hidup di dalam dunia blog adalah sangat tipis. Kecuali bagi mereka yang tidak gemar blog mereka dibaca oleh orang lain.

Seperti yang saya pernah ungkapkan dalam artikel yang lepas, Wordpress menyokong sistem plugin. Dengan sistem ini, saya dapat memasang sebuah plugin yang dipanggil sebagai, All in One SEO Pack. Kelebihan yang terdapat pada plugin ini adalah, ia akan secara automatik mengoptimumkan blog kita kepada enjin pencarian tanpa perlu kita bersusah-payah mengubahsuai kod template blog kita secara manual.

Walaupun segalanya dilakukan secara automatik dengan All in One SEO Pack plugin, tetapi bagi mereka yang mahir dalam SEO boleh mengubahsuai beberapa bahagian di dalam plugin tersebut. Sebagai contoh, META description, META keywords, tajuk artikel dan beberapa settings yang hanya mereka yang mahir sahaja tahu fungsinya.

Bagi kepada mereka yang masih baru dalam dunia blog dan juga teknik SEO, saya mencadangkan agar anda memasang plugin All in One SEO Pack ke dalam blog Wordpress anda. Kita tidak rugi satu apa pun kerana dengan adanya plugin ini, sedikit sebanyak ianya dapat meningkatkan jumlah pelawat dan trafik. Dan dengan itu juga, kita akan berasa gembira dan bersemangat untuk menulis artikel yang baru. :lol:

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to StumbleUpon

{ 1 comment… read it below or add one }

1 Fahmishah August 14, 2009 at 11:16 pm

Aku pernah gunakan plugin All in One SEO Pack di blog lama, tebaboom.org, hasil’nya agak memuaskan. sekarang, blog fahmishah.com aku dah tak pasang.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: