WordPress SEO dengan All in One SEO Pack

Di dalam dunia blog, Search Engine Optimization (SEO) adalah amat penting. Ini kerana, 70% trafik yang datang ke blog kita adalah daripada enjin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Jika kita tidak memantapkan blog kita dengan teknik SEO ini, peluang untuk kita hidup di dalam dunia blog adalah sangat tipis. Kecuali bagi mereka yang tidak gemar blog mereka dibaca oleh orang lain.

Seperti yang saya pernah ungkapkan dalam artikel yang lepas, WordPress menyokong sistem plugin. Dengan sistem ini, saya dapat memasang sebuah plugin yang dipanggil sebagai, All in One SEO Pack. Kelebihan yang terdapat pada plugin ini adalah, ia akan secara automatik mengoptimumkan blog kita kepada enjin pencarian tanpa perlu kita bersusah-payah mengubahsuai kod template blog kita secara manual.

Walaupun segalanya dilakukan secara automatik dengan All in One SEO Pack plugin, tetapi bagi mereka yang mahir dalam SEO boleh mengubahsuai beberapa bahagian di dalam plugin tersebut. Sebagai contoh, META description, META keywords, tajuk artikel dan beberapa settings yang hanya mereka yang mahir sahaja tahu fungsinya.

Bagi kepada mereka yang masih baru dalam dunia blog dan juga teknik SEO, saya mencadangkan agar anda memasang plugin All in One SEO Pack ke dalam blog WordPress anda. Kita tidak rugi satu apa pun kerana dengan adanya plugin ini, sedikit sebanyak ianya dapat meningkatkan jumlah pelawat dan trafik. Dan dengan itu juga, kita akan berasa gembira dan bersemangat untuk menulis artikel yang baru. :lol:

Related Posts

Comments

  1. Aku pernah gunakan plugin All in One SEO Pack di blog lama, tebaboom.org, hasil’nya agak memuaskan. sekarang, blog fahmishah.com aku dah tak pasang.

  2. berita terbaru says:

    Simak kabar info berita terupdate, terhangat nasional dan internasional selebritis, politik, bola, moto GP, teknologi, otomotif gaya hidup terkini di indonesia hanya di sini berita terkini

  3. Kabar info berita terupdate, terhangat nasional dan internasional selebritis, politik, bola, moto GP, teknologi, otomotif gaya hidup terkini di indonesia hanya di sini berita terlengkap

Leave a Reply to berita terbaru Cancel reply

*